Telesidang Latihan Induksi Staf Baharu 2020
18 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai yang lalu telah diadakan satu Telesidang Latihan Induksi bagi staf baharu. Latihan Induksi ini diketuai oleh beberapa staf pengurusan daripada pihak NERA (M) Sdn Bhd. Latihan ini dilakukan secara atas talian melalui aplikasi ZOOM mengikut prosedur yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Latihan Induksi ini diadakan selama dua jam setengah yang bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5 petang yang melibatkan staf pusat internet dari daerah seluruh Malaysia.
Latihan Induksi ini meliputi segala aspek yang perlu diketahui oleh staf baharu. Di antara perkara yang ditekankan semasa latihan ini adalah tentang matlamat penubuhan pusat internet, etika pemakaian, skop kerja, disiplin dan etika kerja seperti ketetapan waktu bertugas iaitu bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang serta serba sedikit maklumat mengenai penjagaan kebersihan dan keselamatan di pusat internet.
Staf baharu juga telah diperkenalkan dengan Cik Mardziyah Binti Abdul Wahab selaku Ketua Pembangunan Modal Insan Pusat Internet dan beberapa staf daripada NERA (M) Sdn Bhd yang bertanggungjawab menyelia staf di pusat internet sedia ada. Staf baharu turut diajar cara-cara mengemaskini portal Pusat Internet Malaysia (Maxis), MyComms, perkongsian di media sosial (FB/IG), mengemaskini laporan, mengaudit fasiliti, pelaksanaan aktiviti kelas ICT, keusahawanan, program e-Kelas, kaedah memuat naik fail dan data ke dalam Google Drive, penggunaan slide Prezi.com serta kaedah untuk membuat permohonan pembelian, cuti dan tuntutan perbelanjaan melalui penggunaan perisian timesoft. Sebagai penambahbaikan, satu sesi soal jawab turut dijalankan di antara staf pusat internet dan pihak NERA (M) Sdn Bhd pada saat akhir latihan induksi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: